TERMA DAN SYARAT PERADUAN KUCINTA™ SPEND & WIN

Tarikh: 1 May 2023 – 29 July 2023

1.Peraduan KUCINTA™ SPEND & WINini melibatkan semua Pasaraya, Kedai atau belian atas Talian yang menjual produk KUCINTA™ dan tidak termasuk belian di Pet Expo.

2.Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 May 2023) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan / atau berkaitan, pengedar-pengedar dan promosi pihak Penganjur.

3.Peraduan ini bermula daripada 1 May 2023 – 29 July 2023 (Tempoh Peraduan). Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung peraduan ini pada bila-bila masa dalam tempoh peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.

4.Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur, peserta tidak diberi hak untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan peraduan oleh Penganjur.

5. Untuk menyertai peraduan:
a. Peserta mestilah membeli mana-mana produk KUCINTA™ minima RM 30 dalam satu resit melibatkan semua Pasaraya, Kedai atau belian atas Talian yang menjual barangan produk KUCINTA™. Setiap resit melayakkan peserta untuk menghantar satu (1) penyertaan melalui aplikasi WhatsApp dan sertai peraduan secara automatik.

b. Tuliskan butiran nama dan nombor telefon di bahagian atas resit dengan jelas.
c. Pastikan gambar resit jelas keseluruhannya dan bercetak tunggal asal dan hantarkan penyertaan melalui aplikasi WhatsApp.
d. Simpankan resit asal sebagai bukti pembelian.
e. Peserta dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan butiran yang diperlukan dan resit tunggal yang berlainan bagi setiap penyertaan.
f. Peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan resit tunggal yang sama kepada Penganjur.
g. Penganjur hanya menerima resit bercetak asal. Salinan resit atau resit cetak semula tidak akan diterima. Resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima.
h. Peraduan akan bermula pada 1 May 2023 jam 10:00 Pagi dan akan berakhir pada 29 July 2023 jam 12:00 Tengah Malam.
i. Memandangkan talian 017-4355188 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, TIADA perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan. Sebarang pertanyaan / panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
j. Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.
k. Peserta hanya boleh menyertai peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.
l. Pihak Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawab untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang peraduan ini.

6.Cara pemilihan pemenang:
a. Konsep pemilihan pemenang melalui cabutan bertuah dan pemilihan pemenang akan dipilih dalam tempoh dua bulan selepas tarikh akhir penyertaan iaitu 29 July 2023.
b. Pihak Penganjur akan menulis kesemua nombor telefon peserta, dan akan dicabut secara berperingkat bermula dengan pemenang hadiah saguhati dan seterusnya pemenang hadiah utama.
c. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui panggilan telefon untuk disahkan kemenangan dan mendapatkan beberapa maklumat peribadi.
d. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama.
e. Sekiranya cubaan ini tidak berhasil, penganjur berhak untuk membuat cabutan baru bagi menggantikan kedudukan pemenang tersebut.
f. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
g. Selepas itu pemenang dikehendaki menghantar melalui kurier semua resit bercetak asal dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan kepada pemenang.
h. Sekiranya gagal, Penganjur berhak untuk membatalkan kemenangan dan memilih pemenang yang seterusnya melalui cabutan baru.

7.Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Utama X 1 : iPhone 14 Pro (128GB)
b. Hadiah Kedua X 2 : iPad (9th Gen)
c. Hadiah Ketiga X 2 : Nintendo Switch Lite
d. Hadiah Saguhati x 10 : KFC Baucar Bernilai RM20
e. Setiap penyertaan hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja sama ada Hadiah Utama atau Hadiah Kedua atau Hadian Ketiga atau Hadiah Saguhati.
f. Pemenang akan menerima hadiah melalui penghantaran kurier.
g. Penganjur akan kongsikan maklumat peribadi pemenang kepada syarikat barangan elektrik tersebut, dan segala kos penghantaran akan ditanggung oleh Penganjur.
h. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan / atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan / atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Penganjur.
i. Segala kos kerosakan atau kos baiki Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan pemenang tidak berhak untuk membuat sebarang tuntutan daripada pihak Penganjur.
j. Dengan menyertai peraduan ini, peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan Penganjur.
k. Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
l. Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.